Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru!

"If you can read this, thank a teacher." - Anonymous 

16 May disambut setiap tahun sebagai Hari Guru di negara kita, Malaysia. Hari ni lah mesti guru-guru di sekolah dapat banyak hadiah. Paling kurang pun, dapat kata-kata terima kasih atau penghargaan  dari anak-anak murid.  Kalau masa zaman sekolah dulu, setiap kali Hari Guru je, memang datang sekolah tengok cikgu-cikgu aku main tiup tepung lah, bersajak, menyanyi lagu “.. Kami guru Malaysia…!! Berikrar dan berjanji…”. Yang cikgu perempuan, main bola jaring. Kesian cikgu lelaki, nak main bola tak cukup orang :-P, main badminton je lah ye. Tapi ada jugak persembahan pelajar untuk para guru. Walaupun bertujuan untuk membalas dan menghargai jasa guru, tapi sekadar persembahan je, memang tak terbalas sampai bila-bila pon. At least diaorang enjoy. Cikgu-cikgu semua bergumbira, tak kurang juga para pelajarnya, termasuk lah aku. Mana tidaknya, kelas takdak beb!! Bukan ambik kesempatan, tapi bagi chance la cikgu-cikgu nak berehat hehe ( :-p lagi ). 

Tapi tahu ke korang bila hari guru diistiharkan di Malaysia?

Tarikh 16 May dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama pada tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai  dasar pelajaran negara kita. Laporan itu dikenali sebagai Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan.
Bukan Malaysia je ada Hari Guru, negara-negara lain pun ada jugak. Siap dijadikan public holiday lagi. Antaranya ialah:
  • Amerika Latin : 11 September
  • Albania : 7 Mac
  • China : 10 September
  • Czech Republic :  28 Mac
  • India : 5 September
  • Korea Selatan : 15 May
  • Rusia : 5 Oktober
  • Taiwan : 28 September
  • Thailand : 16 Januari
  • USA : hari Selasa pertama setiap bulan May kecuali Massachusetts – 11 September


    No comments:

    Post a Comment