Thursday 19 May 2011

Kehilangan seorang ibu tak dapat dibayangkan dengan kata-kata.

"A man loves his sweetheart the most, his wife the best, but his mother the longest." - Irish Proverb

16 march 2007

Aku dapat panggilan daripada kakak, Mak lari daripada hospital. Ehh?? Apa yang dah jadi? Ooo... Bunyi macam ganas, tapi sebenarnya mak mintak abah bawak dia balik ke rumah sebab... mak kata nurse kat Hospital Taiping suka marah-marah - sampai sekarang aku betul-betul terkilan. Tapi tak kan sampai macam tu sekali? Kehendak mak, abah pon tak boleh nak halang. Seminggu lebih dok kat hospital, tapi apa penyakit pon doktor tak tahu..

Dapat je call, aku terus bersiap-siap nak balik kampung. Sampai saje kat Pudu Raya, tiket bas pulak habis. Kebetulan hari tu hari Jumaat, memang orang ramai balik kampung. Duit dalam dompet aku ngam-ngam nak beli tiket pegi Kamunting ngan duit syiling nak call rumah, mintak tolong ambik kat stesen bas Kamunting. Haha, memang kebiasan aku balik kampung macam ni. Buatnya kena samun kat stesen plaza rakyat tu, mampus kering aku. Sambil gelisah tak boleh nak balik, aku pergi semua kaunter bas tanya maybe ada tiket lagi. Kebetulan ada satu akak kat kaunter mane satu tah, cakap ada bas tambahan. Tapi, harga tiket pon, harga tambahan jugak lah.. Ahh sudah. Dompet dah bukak, tiket pon dah di hulur, tapi baru aku sedar yang duit aku tak cukup. Akak tu pandang aku semacam. Tiba-tiba akak tu bisik kat aku, "adik bagi je berapa yang adik ade, takpe akak paham". Aku terkedu... Tak banyak cakap dah, rezeki jangan ditolak. Aku ambik tiket, hulur segala duit kertas yang ada, "Terima kasih kak" dan terus cabot. Memang terasa malu.. Tapi apa nak buat, aku sendiri yang cari masalah.

Sampai je kat station bas kamunting, abang long datang ambik. Tak banyak sembang pon dalam kereta sebab penat duk atas bas yang terhuyung hayang. Dalam pukul 11 malam, sampai la kat rumah. Bukak je pintu rumah, mata terus mencari-cari. Mana mak aku? Ooo mak tengah baring rupanya. Tapi, tak seperti mak yang selalu aku lihat. Seumur hidup aku tak pernah tengok mak kurus. Abah kata, mak hilang selera makan masa kat hospital. Mak tak makan, doktor takde nak masukan air ke? Bagi makan vitamin ke, ape ke. Pesakit tak makan tak kan takde cara lain nak bagi badan tu bertenaga sikit? Abah kata, tak tahu lah..

Keadaan mak memang nampak teruk. Bernafas pon macam orang sesak nafas je aku tengok. Lepas tu aku cakap kat abah, mak tak boleh biar macam ni. Esok kita bawa mak pegi hospital swasta kalau mak tak nak duduk kat hospital kerajaan. Tapi mak mencelah. Mak mintak tunggu esok, kalau lagi teruk baru bawa pegi jumpa doktor. Ok.. at least ada bunyi-bunyi harapan nak ke hospital. Sebab sebelum ni pon mak memang tak suka pegi hospital. Lepas tu aku pon borak-borak la dengan mak aku. Tanya pasal hospital, makan minum kat sana.. Mak aku banyak komen pasal nurse kat situ, kat pandai nak jaga hari orang-orang tua.
Tetiba mak aku bukak cerita, malam tadi dia nampak lembaga berbaju hijau dalam rumah aku! Alamak, tegak bulu roma boleh pulak mak bukak cerita seram tengah-tengah malam.

Tiba-tiba mak kata dia nak buang air besar. Tapi mak tak larat nak bangun. Masa ni, aku rasa sangat-sangat pilu, sedih...
Mak cuba jugak nak bangun. Tapi disebabkan dah tak ada tenaga, mak tak dapat nak berdiri. Last-last... T_T. Mak mintak dia dipakaikan lampin orang tua.. Aku tak sanggup tengok keadaan mak. Aku bangun kata nak pegi dapur minum air jab. Tapi aku masuk bilik air dan terus menangis. Aku menangis sepuas-puas hati aku.. Masa tu aku bukan nak lari dari tanggung jawab sebagai anak, tapi aku tak sanggup mak tengok aku menangis. Mak jenis yang tak suka buat orang lain susah hati. Mak selalu pesan, "Ingat Mael, jangan suka susahkan hati orang lain. Jangan buat orang lain susah disebabkan kita."

17 March 2007

Mak macam ok je aku tengok.. Cuma tak ada selera makan. Hari tu, family mak teh datang kerumah and mak teh ada masak laksa. Laksa memang peberet aku. Tiap kali aku balik kampung, memang mak aku tau sangat dah. Mesti aku mintak mak buat laksa. Tapi mak teh buat pon not bad la. Habis dua pinggan penuh aku hentam. Masa aku makan, mak mintak aku suapkan. Nak rasa katanya.. Tapi satu sudu je. Masa tu mak tak nak minum air masak, dia minum air ice-cream soda. Risau jugak la, dah la sakit nak minum air manis macam tu plak dah. Tapi takpe lah, asal mak gembira dah lah. Tiba-tiba mak jawab salam.. Mak suruh aku bukak pintu. Ehh? Mana ada orang datang rumah. Aku tergaru-garu. Mak marah aku sebab lambat bukak pintu. Macam mana aku nak bukak kalau memang tak ada orang yang datang rumah bagi salam. Aku yakinkan mak yang tak ada orang datang.. Aku bukak pintu. Baru la mak percaya.. Tapi aku yakin yang dalam hati mak, still tak percaya kat aku. Takpe lah, aku bukak je lah pintu tu.

Masa aku tengah duduk kat kaunter kedai runcit abah aku, tetiba aku terdengar suara mak marah-marah. Akak tanya mak kenapa,
mak kata mak marah aku sebab aku buat tak tahu mak nak mintak tolong ambilkan air kat dapur. Akak bagi tahu la kat mak, aku ada kat kaunter kedai. Tapi mak kata aku ade lalu belakang dia tadi.. Hmm.. kadang-kadang bila demam, mak aku memang macam ni. Imaginasi tinggi. Tapi kali ni mak aku memang cuba nak yakinkan kami, yang aku ada dalam rumah masa tu.

Petang tu akak and suami dia ada belikan kerusi roda untuk mak. Senang nak bawa ke bilik air, dan takde lah bosan sangat asyik baring je. Mana lah tahu mak nak duduk plak ke. Ade nampak sedikit senyuman di wajah mak. Masa tu akak ada tanya aku, hang boleh cuti tak? Esok-esok sapa nak jaga mak? Aku diam je.. Memang tak dak cara lain. Akak aku pon tengah serba salah tu, sebab cuti dia dah habis apply masa mak masuk hospital dulu. Masa kami tengah berbincang pasal ni, aku perasan, mak cuma perhatikan wajah anak-anak dia dengan senyuman..

Lebih kurang jam 6:30 petang, akak tanya mak nak mandi tak. Tapi masa tu mak nampak sangat tak bertenaga.. Akak pergi sebekas air, dan cuma basahkan kain dan lap ke badan mak. Sayu aku tengok muka mak... Dalam hati aku, sabar lah mak, esok lusa sihat la tu.

Aku pergi ke kedai abah, tolong abah kemas-kemas barang nak tutup. Dah nak senja.. masa untuk bersihkan diri dan sembahyang. Nanti malam nak bukak kedai lagi. Selesai kemas-kemas barang, aku masuk ke dalam rumah. Seperti kebiasaan, sembang-sembang dengan family aku dan pak teh. Adik tengah makan di dapur, aku, akak dan abah di ruang tamu. Abang long ada kat luar kedai lagi, siap sedia nak kunci pintu kedai. Tiba-tiba rasa dahaga pulak. Apa lagi berjalan nak ke dapur cari minum lah. Masa dalam perjalanan tu, aku lalu kat sebelah mak yang tengah baring atas tilam. Tiba-tiba aku terdengar bunyi gelas kena sepak. Kaki mak tersepak gelas air. Aku tenung kaki mak dan gelas tu. Dalam hati, kenapa mak diam ni? Aku pandang wajah mak seperti sesak nafas.. Apa lagi, "kak!, abah!! kenapa dengan mak ni??"?? "Makkk!! Makkk!!". Hanya perkataan mak sahaja yang keluar dari mulut. Kemudian Paklong masuk dalam rumah. Pak Long terus pergi ke telinga mak, ajar mak mengucap.

SABTU, 7:00 PETANG 17 MARCH 2007

MASA NI, BARU LAH ANAK-ANAK KEPADA SEORANG IBU YANG SANGAT PENYAYANG SEDAR YANG IBU MEREKA SEDANG BERTARUNG DENGAN AJAL. HANYA SUARA JERITAN MEMANGGIL MAK BERSERTA AIR MATA. LANGSUNG TAK TERLITAS DALAM AKAL FIKIRAN, MAK AKAN PERGI MENINGGALKAN KAMI.... NAFAS MAK SEMAKIN PERLAHAN. AKHIRNYA MAK PERGI MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR, DIKELILINGI SUAMI DAN ANAK-ANAK. AKU HANYA MAMPU MERAUNG, BELUM BERSEDIA KEHILANGAN SEORANG IBU. AKAK MEMELUK ERAK TUBUH MAK, ADIK YANG BARU BERUMUR 15 TAHUN MENGGONCANG-GONGCANG TUBUH MAK. MACAM MANA KAU NAK LALUI HARI-HARI SELEPAS NI DIK? TAHUN NI KAU PMR KAN? AKU BUNTU... SATU KEJUTAN DATANG MENYEBABKAN AKU GAGAL BERFIKIR SEPERTI ORANG YANG WARAS. BETUL KE MAK AKU DAH MENINGGAL? AKU PERIKSA NADI MAK, AKU CUBA DENGAR DEGUPAN JANTUNG MAK. JANTUNG MAK TAK BERDEGUP. LANGSUNG TAK ADA BUNYI DEGUPAN. AKU LETAKKAN JARI KAT HIDUNG MAK. MEMANG MAK TAK BERNAFAS. AKU MASIH TAK YAKIN. AKU PAKSA ABANG LONG DAN SUAMI AKAK PEGI KLINIK, PANGGIL DOKTOR. BIAR DOKTOR YANG SAH KAN MAK DAH MENINGGAL. JAUH DI SUDUT HATI, MENGATAKAN IBU AKU MASIH ADA. TAPI ABANG LONG CUMA BALIK DENGAN MUKA YANG SEDIH DAN HAMPA. KLINIK DAH PUN TUTUP. TIBA-TIBA MAKCIK, JIRANG SEBELAH RUMAH AKU DATANG. SETELAH MELIHAT KEADAAN TUBUH MAK, MAKCIK TU HANYA MEMINTA KAMI BERSABAR. OK.. MAK DAH TAK ADA. MAK DAH PERGI MENGINGGALKAN AKU SELAMA-LAMANYA DI DUNIA NI. AKU CUMA MAMPU TUNDUK MENANGIS.. AL-FATIHAH.

Satu malam aku tak tidur. Cuma mampu mengimbau kenanang-kenangan manis aku dan mak. Sambil sedekahkan yassin di sebelah jenazah mak, aku bersendirian di dalam kedai runcit abah.

Ahad 18 March 2007

Jenazah mak selamat dikebumikan.. saudara mara yang datang pon dah ramai yang pulang. Aku terbaring kepenatan campur mengantuk di depan pintu rumah ambil masih terkenangkan kenangan bersama mak. Dan aku terus terlena di hadapan pintu yang masih ramai orang lalu lalang di situ. Tak ada seorang pun yang mengejutkan aku dari tidur. Tak sampai hati kot tengok aku tengah lena kepenatan.

Aku tersedar, dan jam sudah pon menunjukkan pukul 6 petang. Aku bangun dari baring, dan masa ni barulah aku rasai apa yang yang dimaksudkan dengan erti 'kehilangan seorang ibu'. Perasaan yang tak dapat aku ucapkan dengan kata-kata. Betapa sunyinya dunia. Ya Allah, kau kuatkan lah hati ku. Dugaan ini tertalu berat.. Aku pergi ke dalam kedai runcit, tempat yang sunyi, untuk aku menangis sepuas hati...

19 May 2011

Dah 4 tahun berlalu. Perasaan kehilangan masih kekal. Walaupun aku dah berumah tangga, tetap tak dapat nak membuang rasa sunyi, sunyi kehilangan seorang ibu.

Semalam, result perperiksaan matrikulasi diumumkan. Adik dapat keputusan yang sangat-sangat cemerlang. Aku cuba membayangkan, apa perasaan mak kalau mak masih hidup? Aku pasti abah tengah tersenyum lebar di rumah, mungkin tidur pon tengah tersenyum tu. Anak manja mak memang tak mengecewakan. Mak.. terima kasih kerana menjaga dan mendidik kami..


Seperti biasa, aku nak lari ke tempat yang org tak nampak.. aku nak menangis sepuas-puas hati aku. Aku dah tak boleh nak kontrol air mata...

Maaf kalau ayat aku tunggang-langgang. Tak sempat nak buat QA. 

1 comment:

  1. Dtg lah seorg lelaki dari kabilah Bani Salamah brkata :
    “ Ya Rasulullah, adakah kebaikn yg dpt saya lakukn kpd kedua ibu bapa saya yg telah meninggal dunia ?
    Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkn dosa-dosanya, & tunaikan wasiat & janji-janjinya, dan hubungkn silatiurahim dgn saudara dan keluarganya, & hormati serta muliakn kawan-kawannya.“

    (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

    ReplyDelete